Tuesday, June 22, 2010

Malaysian Hall Update

Attn: Malaysian students and residents in Melbourne
=======

السلام عليكم ورحمة الله / Salam Sejahtera,

Jabatan Penuntut Malaysia Australia (JPMA) telah membuat keputusan untuk mengambil lebih ramai residen Dewan Malaysia Melbourne (DMM) pada semester hadapan iaitu seramai 68 orang. Residen bermaksud pelajar yang menginap di DMM untuk tempoh yang panjang. Para pelajar di Melbourne yang berminat boleh mengemukakan permohonan mulai sekarang sehingga 5 JULAI 2010. Kelulusan akan dimaklumkan selepas 9 Julai 2010. Kadar sewa yang dikenakan adalah sangat murah, AUD 4 sehari untuk pelajar siswazah (undergraduate) dan AUD 6 sehari untuk pelajar pasca siswazah (postgraduate).

Cuma, perlu diingatkan, bahawa residen diminta untuk membantu pihak pengurusan di dalam menjaga kebersihan, menghadiri program-program yang dianjurkan, membantu para pelajar baru dan pelancong rakyat Malaysia yang menginap di DMM dan sebagainya.

Pihak JPMA akan menilai prestasi setiap residen setiap semester. Sekiranya ramai pelajar yang berminat untuk menjadi residen, maka residen yang aktif membantu sahaja yang akan dibenarkan untuk terus menginap pada semester berikutnya. Walaubagaimana pun, pihak pengurusan tidak akan membebankan residen dengan kerja yang berlebihan kerana kami faham bahawa tugasan sebagai pelajar adalah yang paling utama.

Kemudahan asas yang disediakan:

· Bilik penginapan baru dan lama

· Alat pemanas udara di bilik baru

· Bilik air di dalam atau di luar bilik

· Ruang belajar (study areas)

· Bil air dan elektrik percuma

· Kafe

· Television di ruang tamu

· Pantry dengan kemudahan microwave, peti sejuk dan paip air panas & sejuk

Sekiranya anda berminat, sila klik di sini untuk memuat turun borang permohonan residen dan hantarkan ke Pembantu Warden DMM melalui email: myhallmelbourne@msda.org.au atau poskan ke alamat: 4K, High St., Windsor, Victoria 3181 sebelum 6 Julai 2010.

Harap semua persatuan dan kelab para pelajar Malaysia (MSO) dapat memanjangkan email ini kepada para ahli khususnya dan para pelajar Malaysia lain amnya.

Sekian. Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Haznizul A. Shukery

Pembantu Warden

Dewan Malaysia Melbourne

Alamat: 4K, High St., Windsor, Victoria 3181

No. Telefon: +613 9529 4507

No. Fax: +613 9529 4509

Laman web: http://www.msda.org.au

=======

0 comments:

Post a Comment